Tuesday, May 4, 2010
Hadiah itu..
Aku selalu mengharapkan agar aku mimpikan anak kecil itu. Sejak dia lahir hinggalah dia pergi selamanya, tidak pernah sekali pun aku mimpikannya. Malam itu, (khamis/30 April 2010) buat pertama kalinya aku mimpikan tentang dia. Didalam mimpi itu, aku menziarahi pusara kecil itu. Terasa seperti aku benar-benar ada disitu. Aku hanya memandang dan aku pasti pusara kecil itu milik putera hati kesayanganku. Keadaan ketika itu sudah malam, namun bulan yang menerangi kawasan kediaman tetap penghuni yang telah dipanggil ilahi kelihatan tenang sekali.
Aku lama berada disitu berdiri dekat dengan pusara kecil anakku. Aku tidak menangis, tidak sedikit pun rasa kesedihan menyelubungi diriku. Aku puas, walaupun hanya dalam mimpi seolah-olah aku benar-benar berada disitu.
Anakku,
Mama rindukan sayang. Sepatutnya, bulan ini sayang lahir melihat dunia. Kita hanya merancang, Allah jua yang telah menentukan segalanya. Sayang telahpun lahir dan juga telah meninggalkan mama disini. Ketahuilah sayang, untuk melalui hari-hari tanpa sayang terlalu sukar buat mama namun Allah telah pinjamkan sedikit kekuatan untuk mama hadapi semua ini.
Tidak terluah perasaan ini. Tidak mampu mama ungkapkan apa yang mama rasai. Tidak terucap segala yang terpendam dalam lubuk hati ini. Hanya Allah jualah yang mengetahui apa yang tersirat dan tersurat.
Anakku sayang,
Bulan ini juga adalah hari ibu, walaupun sayang tiada disisi mama..sayang berada dalam hati mama. Biarpun sayang telah pergi, sayang adalah hadiah yang tidak ternilai dan paling istimewa untuk mama. Terima kasih sayang..Kehadiran sayang walaupun seketika didunia ini, memberi 1 pengiktirafan paling tinggi buat mama.
Sayang, didunia sementara ini, kita sudah terpisah jauh. Bukan sehari dua kita berpisah tapi selamanya. Namun, sayang tetap dalam hati mama. Mama nantikan pertemuan kita di dunia yang kekal abadi. Mama nantikan saat-saat itu sayang.
Sayang,
Mama sayang baby..Mama rindukan pusara kecil itu..Mama sangat-sangat rindukan sayang..
Biarpun ciuman hanya pada gambar sayang saja..mama tetap cium seluruh tubuh sayang..
Aku bersyukur padamu Ya Allah, kau telah menganugerahkan hambamu ini naluri seorang ibu. Kau telah menganugerahkan kasih sayang. Terima Kasih Ya Allah, Alhamdulillah kerana kau telah menghadiahkan hambamu yang lemah ini dengan hadiah tidak ternilai. Alhamdulillah, bersyukur padamu Ya Allah.
Thursday, April 8, 2010
40 Hari setelah dikau pergi..
8 April 2010
Genap sudah 40 hari anakku kembali ke rahmatullah, hari ini juga hari terakhir aku berpantang. Walaupun masa telah berlalu, gambaran apa yang berlaku seolah-olah baru semalam terjadi. Allah jua yang mengetahui apa yang tersirat dalam hati ini. Di luar, aku tersenyum tanpa mengukir sedikit pun rasa kerinduan pada anakku. Tapi, tiada siapa yang dapat menghalang setiap saat aku rindukan Arafat, anakku. Aku termenung memikirkan apa yang terjadi kalau aku tidak sekuat ini. Hanya aku yang boleh membantu diriku sendiri. Keresahan yang memberi aku tekanan membuatkan aku kalah untuk melalui kehidupan ini. Apabila aku termenung, aku cuba membayangkan betapa bahagianya anakku yang sudah pasti syurga tempatnya. Tiada apa yang perlu aku risaukan kerana Allah telah menjanjikan syurga adalah tempat yang paling indah untuk dihuni oleh hambanya yang beriman. Tanpa sepalit dosa, dengan wajah suci, anakku sudah menjadi insan terpilih untuk menjadi penghuni syurga.
Memang di akui, sebak bila terdengar suara tangisan anak kecil, melihat anak org lain kini, membuatkan aku hiba. Aku sunyi, terasa bersendirian walaupun ramai disekelilingku memberi nasihat dan sokongan. Sesekali, tidak terlepas dalam hati ini bersuara, hanya Arafat yang aku perlukan. Bila suasana hening sepi, aku tatap gambar Arafat yang sudah kaku. Airmata ini sudah menjadi teman yang paling rapat. Hanya gambar yang sudah kaku itu, aku kucup.
Ya tuhan, aku bersyukur kepadamu, sesungguhnya apa yang telah aku lalui ini, aku dekat denganmu. Hanya padamu tempat untuk aku meluahkan segala-galanya. Walaupun didunia ini, aku terasa kehilangan permata hati yang amat aku nantikan, jauh disudut hati ini aku bersyukur pada mu Ya Allah. Kau berhak mengambil apa yang telah kau pinjamkan dan kau ambil anakku ketika dia masih kecil yang telah kau janjikan syurga tempatnya. Aku bersyukur pada mu Ya Allah. Aku percaya pada setiap yang terjadi ada hikmahnya. Aku tenang Ya Allah, tiada secebis kuman pun terasa bimbang dalam hati ini, hanya rindu yang sesekali membuatkan aku tetap menitiskan air mata. Sebagai hambamu yang lemah, yang telah kau anugerahkan naluri seorang ibu, aku sentiasa berdoa agar kau murahkan rezekiku untuk memperolehi anak lagi. Amin..
Kehilangan anak untuk kali yang ke-2, hanya kau sahaja yang mengetahui rahsia yang telah kau tentukan untukku. Sebagai hamba aku wajib menerima qada dan qadar mu dengan redha. Hanya pada mu jua Ya Allah, yang berhak mengambil dan menggantinya dengan yang lebih baik.
Hanya doa ini yang menjadi kekuatan untukku:
Innalillahiwainnalillahirojiun, Aku redha Ya Allah dengan setiap ujian mu..Berikan lah aku pahala kerana aku redha setiap ujianmu padaku dan aku telah kehilangan anak, sesungguhnya Ya Allah, anugerahkan lah aku anak yang lebih baik. Amin Ya Robbal Alamin.
Arafat anakku,
Setiap detik tidak pernah hilang rindu mama pada sayang. Allah jua yang mengetahuiNYA. Semakin hari, mama tenang walaupun rindu sentiasa bertaut pada anak kecil mama ini. Sepantas ini masa telah berlalu, semakin jauh masa dan pengalaman kita bersama, Arafat tetap dekat dalam hati mama. Ketahuilah sayang, mama berbahagia..sayang sudah bahagia disana tanpa perlu mengharungi dunia yang penuh dengan tipu daya. Tanpa perlu menanggung kesakitan dan tanpa perlu memikul dosa walaupun sebesar kuman. Memang tidak dapat dinafikan, didunia ini mama kehilangan permata hati mama, tidak dapat bermanja dengan sayang, tidak dapat membelai dan membesarkan sayang..Tapi, apalah nak dibandingkan dengan ganjaran untuk akhirat yang kekal abadi. Mama perlu cekal dan redha dengan ketentuanNYA. Memang susah untuk menghadapi kehilangan sayang. Namun, pada Allah jualah tempat untuk mama mengadu betapa rindunya mama pada sayang.
Anak kecil mama, tidak terucap dengan kata-kata dan tidak terluah dengan perasaan betapa rindunya mama pada sayang. Biarpun hanya pusara kecil yang menanti, Arafat tetap anak mama yang terlalu mama kasihi dan sayangi. Kenangan kita bersama didunia ini, akan mama simpan sampai bila-bila dan akan mama ceritakan pada adik-adik sayang nanti, betapa bahagianya memiliki seorang anak yang suci hatinya, bersih jiwanya, tampan wajahnya seperti sayang. Sebab itulah Allah mengambil sayang dari mama secepat ini kerana Allah lebih menyayangi sayang dan tidak mahu sayang mengharungi kehidupan didunia yang berliku ini.
Anak kecil mama, didunia yang sementara ini, mama harungi setiap ujian yang Allah beri, Semoga Allah member ganjaran dengan menemukan kita diakhirat yang berkekalan nanti. Mama sayang Arafat, sayang sangat-sangat.
Tuesday, March 23, 2010
Berbahagialah anakku disana..
Allah SWT berfirman pada hari kiamat kepada anak-anak: “Masuklah kalian ke dalam syurga!” Anak-anak itu berkata: “Ya Rabbi (kami menunggu) hingga ayah ibu kami masuk.” Lalu mereka mendekati pintu syurga! tapi tidak mau masuk ke dalamnya.
Allah berfirman lagi: “Mengapa, Aku lihat mereka enggan masuk? Masuklah kalian ke dalam surga!” Mereka menjawab: “Tetapi (bagaimana) orang tua kami?”
Allah pun berfirman: “Masuklah kalian ke dalam syurga bersama orang tua kalian.”
Istilah “al-wildan” dalam Hadits Qudsi diatas adalah kata jama’, mufradnya (kata tunggalnya) adalah “al-walid”, artinya anak yang baru dilahirkan, iaitu bayi atau anak kecil yang belum akil baligh.
Jadi maksudnya ialah anak kecil yang meninggal dunia. Hal itu diterangkan dalam Hadits lain yang diriwayatkan Ibnul-Atsir sebagai berikut: “Anak kecil (yakni yang meninggal dunia selagi kanak-kanak atau keguguran), masuk syurga.”
Ketika mereka mengalami lapar dan haus itulah anak-anak yang tadinya meninggal selagi masih kecil dan dilepas oleh orang tuanya dengan SABAR & TAWAKAL, datang kepada orang tuanya masing-masing dengan membawa segelas air untuk diminum, dan apabila sudah diminum, tidak akan lapar dan dahaga lagi selama di alam Masyar itu.
Allah memerintahkan kepada anak-anak (yang tadinya meninggal dunia selagi belum akil baligh) untuk memasuki syurga. Tetapi mereka memohon syafa’at (pertolongan) kepada Allah agar kiranya dapat masuk syurga bersama orang tua mereka.
Memang mereka juga penuhi perintah Allah, untuk datang mendekati pintu syurga, tapi masih belum mahu memasukinya, sehingga Allah Yang Maha Mengetahui bertanya lagi: “Mengapa Aku lihat anak-anak itu masih saja belum masuk syurga? Masuklah kalian ke dalam syurga itu”.
Pada saat itu mereka mengulangi permohonannya bagi orang tua mereka. “Kami belum mahu masuk, sebelum orang tua kami yang menjadi asal pokok kami, dan ibu-ibu kami yang telah mengandung kami sembilan bulan dan kemudian membesarkan kami masuk juga bersama kami”. Demikianlah mereka berhenti dekat pintu syurga, menunggu keputusan Allah SWT dengan penuh harapan.
Akhirnya putusan yang dinanti-nantikan itu datang dengan segera, dengan firman Allah Yang Maha Mengetahui: “Masuklah kalian ke dalam syurga bersama orang tua kalian”.
Wednesday, March 17, 2010
Kehilangan..
Tak dapat aku bayangkan aku kehilangan lagi orang-orang yang kusayang..yang telah lama aku semaikan kasih sayang buat mereka. Aku tak sanggup untuk menghadapinya. Aku tak kuat malah aku boleh rebah jika ini yang aku fikirkan. Ya Allah..
Setiap kali aku memikirkan permata hatiku, Arafat..ketika itulah air mata ku menitis. Aku masih tak mampu untuk tidak menangis. Hanya Al-fatihah, Ayatul Qursi dan ayat Seribu Dinar menjadi bacaan ku untuk dijadikan pendinding. Bila aku pejam mata, yang terbayang hanyalah wajah suci Arafat. Bila aku keseorangan, yang terbit persoalan dalam hati ini kenapa Arafat tinggalkan aku..Mudah aku terleka, aku beristigfar.Seringkali kalimah innalillah keluar dari mulutku sebagai ingatan aku redha dengan pemergian Arafat.
Memang ini rahsia Allah, yang mengetahui dan yang menentukan segalanya. Aku diuji dengan cara begini, dan aku tahu ada orang lain yang lagi berat ujiannya dari aku.
Ya Allah, kehilangan ini memang terlalu besar buatku..Alangkah bahagianya jika Allah datangkan Arafat kepadaku walaupun melalui mimpi.
Mama syang Arafat..baby mama yang telah pergi dijemput ilahi..kehilangan Arafat satu kehilangan yang besar buat mama dan daddy. Kami sayangkan Arafat walaupun pertemuan kita hanya seketika.
Andai doa dan permintaan aku dimakbulkan, biarlah aku pergi dulu dari mereka-mereka yang ku kasihi. Aku tak mampu menghadapi kehilangan lagi..
Ku meniti awan yang kelabu
ku tempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi kegelapanku..
Ku percaya nanti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahaya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan hati ini
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua....
Arafat tetap dalam hati mama..
Wednesday, March 10, 2010
Terima kasih buat semua..
Aku selalu berharap ini semua mimpi dalam mimpi..Aku mengharapkan bila aku terjaga dari tidur, bukan ini yg perlu aku hadapi..
Kala ini, selalu kedengaran di cuping telinga ini adalah kata-kata nasihat, kunci untuk diri aku bertahan..Aku kuatkan diri aku dengan memohon doa dariNYA agar aku dikuatkan iman dan semangat untuk aku teruskan hidup. Allah hanya akan menguji hambaNYA yang mampu..Mampukah aku? Ya Allah, kuatkan lah iman hambamu ini..hanya KAU yang mengetahui segalanya...
Terima kasih kepada semua insan-insan yang banyak memberi doa dan sokongan untuk aku terus bertahan, tabah dan redha atas ketentuan qada' dan qadarNYA..Tanpa kalian semua, aku boleh kalah dan tersungkur disini. Aku bersyukur Ya Allah, disaat aku diuji..aku tidak keseorangan, permata hatiku kau ambil kembali disisimu, namun kau gantikan dengan insan-insan yang penyayang seperti mereka..Biarpun secara tidak langsung, mereka sentiasa ada disisiku.
Buat suamiku yang tercinta,
Terima kasih kerana menjadi daddy yang terbaik untuk anak kita. Biarpun seketika Allah pinjamkan Arafat untuk kita, awak kuat menghadapinya. Terpancar ceria dan gembira sewaktu saya bertanyakan baby kita boy @ girl..dengan senyuman awak sebutkan "ARAFAT", tahulah saya anak kita boy..sebab memang itu nama yang awak ingin berikan.
Terima kasih kerana tabah dikala kita sama-sama menghadapi ujian Allah ini. Kekuatan dan ketabahan awak semangat untuk saya bertahan dan menghadapinya.
Terima Kasih teristimewa ini ku tujukan buat semua yang sentiasa ada bersamaku..Moga Allah merahmati dan memberkati hidup kalian dengan kebahagiaan dunia dan akhirat..Amin Ya Robbal Alamin..
Terima Kasih buat Suami tercinta..
Keluarga & Keluarga mertua yang disayangi..
Teman-teman..
Terima Kasih kepada mu Ya Allah kerana kasih sayang Mu..Aku redha dengan qada' dan qadar Mu..Ketentuan Mu..Segala yang telah kau tentukan..
Bingkisan hati
Walaupun cuma seketika, kerdipan matanya..gerakan tubuhnya..biarpun hanya pelukan kaku..
Ia satu anugerah yang tidak terbanding nilainya..yang tidak terucap bahagianya..
Lahirnya baby dengan nama yang daddy berikan Arafat El Muhammady bin Ahmad Tarmi.
Mama sayang Arafat sangat-sangat..
Namun Allah lebih menyayangimu sayang dari mama..
Mama redha kerana mama tahu Arafat sudah bahagia disana..
Al-Fatihah..bingkisan buat anakku sayang, Arafat.
Tuesday, March 9, 2010
Coretan buat anakku..Arafat El Muhammady
Kerinduan mama pada sayang hanya Allah saja yang tahu..Walaupun sayang hadir hanya untuk seketika didunia ini, sayang membesar di rahim mama..
Setiap saat, setiap minit, setiap jam, satiap masa mama rasai dan nantikan kehadiran sayang.
Sayang anak yang baik, sejak dalam kandungan lagi mama tahu sayang memang seorang anak yang baik. Sayang bergerak bila mama minta sayang bergerak tidak kira siang @ malam..Allah itu maha berkuasa, semakin lama sayang membesar dan bergerak, semakin sayang mama pada sayang..itulah anugerah Allah untuk seorang ibu..
Anakku,
Allah jua yang menetukan segalanya..
Tanggal 23 Feb 2010, kesakitan yang mama rasai rupanya petanda yang sayang akan lahir ke dunia.
Tanpa persediaan, tepat jam 9:50pm, sayang selamat dilahirkan. Hilang semua kesakitan apabila tangisan sayang kedengaran. Hanya kesyukuran, selawat dan zikir mampu mama ucapkan. Walaupun sayang lahir sebelum waktunya, mama bersyukur Allah memberi rezeki dan anugerah terbesar dan terindah secepat ini..
24 Feb 2010
Buat pertama kalinya,hati mama gembira melihat mu sayang..kecilnya anak mama..Air mata ini tumpah jua bila melihat sayang dalam inkubator, diam kaku kerana vantilator yang doktor masukkan ke paru-paru bagi bantuan pernafasan..Hati mama sayu melihat sayang berusaha untuk meneruskan hidup..Mama pesan pada sayang, kuatkan semangat sayang untuk mama..Mengertilah sayang, mama mahu melihat sayang cepat sihat..Melihat buah hati mama, mama bersyukur inilah anugerah Allah buat mama.
25 Feb 2010
Mama melihat sayang lebih sihat dari semalam.Kali ini mama boleh melihat mata anak mama terbuka melihat dunia..Mama satukan pandangan kita, biar sayang tahu mama sentiasa ada dengan sayang. Bersyukurnya dan gembiranya mama kepada Allah, dengan khabar dari doktor yang menyatakan sayang stabil hari ini. Melihat pergerakan sayang lebih aktif, mama mampu tersenyum. Mama melihat setiap inci tubuh kecil anak mama ini, rambut sayang yang lebat, kening yang terbentuk halus,bulu mata yang lentik,hidung sayang yang mancung dan bibir yang nipis..bulu-bulu halus yang jelas kelihatan..Subhanallah, cantik dan sempurna anugerah Allah ini pada mama.
Anak mama sayang, hari ini sayang menangis lagi..Hati mama melonjak-lonjak ingin memeluk dan memujuk sayang. Apakan daya mama, keadaan sayang tidak mengizinkan, mama hanya mampu melihat doktor yang memujuk sayang..Mama menangis lagi..
26 Feb 2010
Mama diuji lagi..
Berita yang doktor sampaikan mengatakan sayang kritikal semula kerana kembung yang berkemungkinan usus bocor, mama kaku sayang..Melihat perut sayang kembung, Allah jua yang tahu apa yang mama rasa..Hanya doa mohon keselamatan dan perlindungan untuk buah hati mama ini..Lebih jelas lagi apabila sayang dipindahkan dari Hosp. Selayang ke HKL.
Semua perasaan bercampur-campur tidak terluah oleh mama, sayang..Jelas terpancar diwajah anak kecil mama ini, sayang cuba bertahan. Mama sanggup menggantikan tempat sayang, mama rela..mama sanggup kesakitan itu untuk mama..Asalkan anak mama sihat dan selamat.
Apatah lagi hari ini, sayang perlu dibedah..Sebaknya hati mama melihat sayang lemah, apalagi tubuh kecil anak mama ini akan dibedah. Ya tuhan, tidak terluah apa yang mama rasai apatah lagi sayang yang melaluinya.
Mama tunggu sayang sehingga selesai pembedahan..Mama tahu sayang sakit..mama tahu sayang berusaha untuk hidup..mama selalu cakap kuatkan semangat sayang untuk mama..
Melihat mata sayang terbuka, mama tahu sayang cuba bertahan untuk mama..
27 Feb 2010
Hari ini, buat pertama kalinya mama boleh menyentuh sayang..Allah jua yang mengetahuinya betapa gembiranya mama boleh pegang sayang walaupun sayang masih dalam inkubator. Mama ambil peluang membelai sayang.Kecilnya anak mama,walaupun suara sayang tidak kedengaran sebabkan vantilator, mama boleh berbual dengan sayang sambil mama belai seluruh tubuh kecil anak mama ini. Kali terakhir sebelum mama balik, mama melihat sayang..hati mama sayu melihat anak mama tenang, tapi kali ini mama tidak menangis seperti hari sebelumnya..Sebab mama lihat anak mama tenang sangat, mama lihat buah hati mama seolah-olah tidak sakit.
Rupanya sayang tak mahu mama bersedih untuk kali terakhir kita bertemu didunia ini.
6:30pm
Petang ini, mama rasa lain sekali..petanda hari ini sayang akan pergi. Panggilan hospital mengatakan sayang nazak, betul-betul mengugat hati seorang ibu. Apabila doktor mengesahkan sayang tidak akan selamat kerana pendarahan diparu-paru, hanya Allah sahaja yang tahu sayang perasaan mama..Jelas kelihatan tubuh kecil anak mama tidak berdaya lagi. Pilunya hati mama melihat darah yang jelas kelihatan didada sayang..Sayang, mama sayang baby..mama redha sayang pergi..
7:40pm
Kuasa Allah menentukan segalanya..Sayang pergi jua tinggalkan mama..Mama disisi sayang melihat sayang pergi dengan tenang. Hanya kalimah syahadah yang mampu mama bisikkan sehingga tiada ombak nafas didada sayang..sehingga kaku tubuh kecil anak mama..Mama tak berdaya sayang untuk kehilangan sayang. Hanya Allah sahaja yang mampu menguatkan semangat mama untuk hadapi semua ini.
Hanya pelukan kaku yang mama dapat.Wajah kecil anak mama ini mama tatap puas-puas. Tenang saja wajah sayang dan seolah-olah tiada kesakitan yang sayang tanggung. Mama cium puas-puas buah hati mama ini. Air mata darah sekalipun, sayang tetap pergi meninggalkan mama disini.
28 Feb 2010
3x ciuman kali terakhir sebelum wajah sayang ditutup dan dikapankan tidak mampu mengubat kerinduan mama pada sayang.
Melihat kubur kecil itu, mama menangis lagi..Anakku sayang, mama redha sayang pergi..
Namun, sebagai ibu..mama tak mampu melawan naluri kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya..bila rindukan sayang air mata ini menitis jua..