Tuesday, March 23, 2010

Berbahagialah anakku disana..

Menurut Hadits Qudsi:
Allah SWT berfirman pada hari kiamat kepada anak-anak: “Masuklah kalian ke dalam syurga!” Anak-anak itu berkata: “Ya Rabbi (kami menunggu) hingga ayah ibu kami masuk.” Lalu mereka mendekati pintu syurga! tapi tidak mau masuk ke dalamnya.
Allah berfirman lagi: “Mengapa, Aku lihat mereka enggan masuk? Masuklah kalian ke dalam surga!” Mereka menjawab: “Tetapi (bagaimana) orang tua kami?”
Allah pun berfirman: “Masuklah kalian ke dalam syurga bersama orang tua kalian.”

Istilah “al-wildan” dalam Hadits Qudsi diatas adalah kata jama’, mufradnya (kata tunggalnya) adalah “al-walid”, artinya anak yang baru dilahirkan, iaitu bayi atau anak kecil yang belum akil baligh.
Jadi maksudnya ialah anak kecil yang meninggal dunia. Hal itu diterangkan dalam Hadits lain yang diriwayatkan Ibnul-Atsir sebagai berikut: “Anak kecil (yakni yang meninggal dunia selagi kanak-kanak atau keguguran), masuk syurga.”

Ketika mereka mengalami lapar dan haus itulah anak-anak yang tadinya meninggal selagi masih kecil dan dilepas oleh orang tuanya dengan SABAR & TAWAKAL, datang kepada orang tuanya masing-masing dengan membawa segelas air untuk diminum, dan apabila sudah diminum, tidak akan lapar dan dahaga lagi selama di alam Masyar itu.

Allah memerintahkan kepada anak-anak (yang tadinya meninggal dunia selagi belum akil baligh) untuk memasuki syurga. Tetapi mereka memohon syafa’at (pertolongan) kepada Allah agar kiranya dapat masuk syurga bersama orang tua mereka.

Memang mereka juga penuhi perintah Allah, untuk datang mendekati pintu syurga, tapi masih belum mahu memasukinya, sehingga Allah Yang Maha Mengetahui bertanya lagi: “Mengapa Aku lihat anak-anak itu masih saja belum masuk syurga? Masuklah kalian ke dalam syurga itu”.

Pada saat itu mereka mengulangi permohonannya bagi orang tua mereka. “Kami belum mahu masuk, sebelum orang tua kami yang menjadi asal pokok kami, dan ibu-ibu kami yang telah mengandung kami sembilan bulan dan kemudian membesarkan kami masuk juga bersama kami”. Demikianlah mereka berhenti dekat pintu syurga, menunggu keputusan Allah SWT dengan penuh harapan.

Akhirnya putusan yang dinanti-nantikan itu datang dengan segera, dengan firman Allah Yang Maha Mengetahui: “Masuklah kalian ke dalam syurga bersama orang tua kalian”.


Penegasan ini oleh Allah kira-kira dimaksudkan untuk menampakkan betapa besar keutamaan anak-anak dan betapa besar pula pengaruh ridla qada dan qadar Allah, sabar dan puji syukur kehadrat-Nya.
**Ya Allah, betapa rindunya aku pada anakku..Sampaikan salam kerinduan yang penuh kasih sayang buat anakku di syurgaMu..Al-Fatihah..

4 comments:

  1. harap kamu tabah hadapi ujian Allah

    ReplyDelete
  2. Rasa rindu yg terlalu berat hingga terus mengeluarkan air mata

    ReplyDelete
  3. memang rindu menyesakkan dada tapi Allah lebih tahu ape yg kita perlu. saya juga ad anak syurga yg bru 7 bulan sy kandungkan. rasa mcm bru sekejap dapat berita kehamilan. aleh2 dia dh pergi mengahadap illahi. alfatihah buatmu anak syurga ku moga Allah izinkan kita bertemu kelak

    ReplyDelete
  4. Yang membuat saya kuat ,tabah saya percaya kelak di akhirat bisa bertemu lagi dgn anak anak kita yg meninggal sblm baligh.dan berada di samping Rabku
    Cita cita dan impian saya sekarang ini.
    Udah 3x kehilangan anak anak sblm baligh

    ReplyDelete